Tuesday, February 17, 2009

Bila lagi nie...

Salam...ekeke lari tajuk nampaknyer..tk der menda nak wat petang nie..so i nak letak pic raya thn lepas 2008..
Nampak gayanyer hanya kitaorg bertiga jer yg ader thn lepas..sbb kitaorg jer yg tk kawen2 lg..yg dah kawen semua blk umah mak mertua..tk per lerr walaupun sambut sederhana jer tp hati senang..meh layan pic gojes kitaorg..pic muka jer..ermm kamera wat perangai masa nie..so terpakse edit nak bg pic jd menarik sikt..byk lg gambo lain tk upload sbb kemalasan melanda..

Comeiii kan..kuikui
Cakkk...nie ler anak2 abah yg lum kawen..

Nie ler budak bertuah yg tk berapa nk bertuah tu..insap2 ler pasni ekk..bkn senang nk dpt akak2 yg baik cam kitaorg...mak n abah yg paling baik kt dunia..sendiri mau ingat..

Saturday, February 14, 2009

Happy Belentaim Day...

Sejambak bunga untuk ku..dari SIAPA ekkk??ggrrr..

Saturday, February 7, 2009

Oppp My Besday!!!

Happy Birthday - Friendster Glitters

Happy Birthday - Friendster Glitters

Happy Birthday - Friendster Glitters
Hot Friendster Glitters - Dezrum.com

Hepi Besday 2 ME!!!

Ermm...7 February 2009...My Besday...Moga tahun ini segalanyer berjalan dgn baik sekali daripada segi :
  • Perhubungan dgn keluarga
  • Persahabatan
  • Pekerjaan
  • Kewangan
  • Percintaan

Antara ucapan besday yang haku dpt hari ni :

  • Deqlaku - Happy birthday 31st..May all ur dream comes true.May Allah bless u..Amin
  • Ucuku - Assalamualaikom..Slmt hari jadi my sister..semoga pjg umur n murah rezeki..semoga cepat dapat jodoh..Aminn!!!
  • Dianaku - Slmt hari lahir..semoga selamat semuanya n memperolehi ape yg d hajati..insyaAllah..
  • Noma@Mama - Hepi besday to you..hepi besday to you...hepi besday to mascantek..hehe..moga sume yg di impikan tcapai sempena umuq ke 31 ni..cepat2 lah bersatu dgn yg tercinta..Luv u my friend..
  • Putera_J - Hepi besday mas mwahs2..selamat harijadi..moga mas sentiasa sihat pjg umur muraH rezeki n cpt2 kawen..Aminn..mudah2an apa yg mas hajati akan terlaksana..Aminn
  • Alongku - hehe..lupa lak..Appy besday..Semoga Allah temukan jodoh ko thn ni..Amin..
  • Nadia@KJM - Hapi buzday kak mas yg ke 32!!!heheh..Moga hapi selalu :-)panjang umuq di murahkan rezeki :-)
  • Ustaz Hairi - Selamat hari jadi pjg umur murah rezeki bahagia selalu di hari2 mendatang..
  • Ninie@kg selamat - Happy Birthday - harap cepat ketemu jodoh dan berbahagia hendaknya..
  • Ira@KJM - Hepi besday kak mas yg ke dot dot dot..Semoga di pjgkan usiadan di murahkan rezeki n last cepat2lah kahwin..cyg kak mas muahhh..
  • CELCOM - Happy birthday...u got free 50 sms for your birthday from your birthday until 11.59 pm...celcom to celcom...sapalaa haku nk msg byk2 tu..1 ari jer lak tu..)
  • SENHENG - In this wonderfull and special day let senheng be part of your friends to wish u a very happy & enjoyable birthday
  • Mizieku - Hepi birthday my darling..
  • Pakyaku - Selamat Hari Jadi..Moga selamat semuanyer..
  • Kak Ida@Parsycat - Hepi besday 2 u..hepi besday 2 u..hepi besday to masnita comel..hepi besday 2 u..
  • Nurbai@15 - hepi besday mas yer..

Conclusionnyer....

Semua msg n call di atas haku copy sejujurnya..tkder edit2..kebanyakan doa mereka semoga ke temu jodoh..harap2 termakbul doa2 kalian..THANK U SO MUCH atas ucapan n ingatan di hari lahirku..im very2 appreciate it..Muahhhhh



SpaceFlash.org!

Rahsia wanita mengikut bulan kelahiran..

Ermm sempena bsday i nie..nak letak sesuatu seperti tajuk di atas...Moh kita lihat..

Cik Ieta :
Februari - boleh di percayai, pandai buat kerja, sangat teliti dalam urusan kerja
tetapi suka bermain cinta (cannot...ni tipu nie...ekekke)

Cik Ila :
Januari - ramai kenalan, sedikit pemalu dan bersungguh-sungguh bila melakukan
kerja (yer ker..cam tk betul jer..kuikui)

Along :
Mac - ringgan tulang, mudah membantu, tiada bakat dalam perniagaan kecuali bimbingan. mudah tergoda pada lelaki, tak pandai menyimpan wang dan suka sendirian. (wakaka..ader yg sama ker long..)

Diana :
Disember - rajin berusaha, lekas naik darah, keras hati, bila marah berapi-api, anaknya ramai lelaki dan murah rezeki (Ayoo..anak ramai lelaki...ekeke)

My luvly mum :
November -rajin, pandai berbicara, mudah menyeleweng, tidak memanfaatkan harta pusaka ( siyess nipu zodiak nie..tk kena langsung dgn mak haku..cisss)

Conclusionnyer..jangan percaya sgt zodiak2 nie k...

Rahsia Di Sebalik Kelahiran & Pasangan Ideal...

Moh kita tgk sapa yang kena :

Kalau anda dilahirkan pada 1hb, 10hb, 19hb, 28hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.1.Anda sangat cerdik, jujur, lucu, degil, rajin, terus-terang, cemburu dalam asas pertandingan, baik hati, peramah dan autoriti. Anda ingin mendahului dalam apa jua keadaan. Anda seorang yang berdikari, berkeyakinan dan tidak pernah berada di bawah pimpinan orang lain. Anda akan bercinta dalam usia yang muda tapi akan berkahwin pada usia yang matang. Anda tidak suka akan orang yang bertentangan pendapat dengan anda. Malah anda juga menyimpan dendam dengan orang yang bersalah dengan anda. Anda seorang yang kuat belanja. Pada masa hadapan anda adalah professional dalam kerjaya yang anda ceburi. Namun terdapat juga orang yang kecil hati dengan pencapaian anda. Anda mempunyai keluarga yang bahagia. Pasangan ideal anda adalah no.4, 6, 8.

My Mum...
Kalau anda dilahirkan pada 2hb, 11hb, 20hb, 29hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.2.Tak kira apa pun, anda akan disukai oleh semua orang kerana anda berperanankan Bulan dan semua orang suka akan bulan. Em…bagus! Anda suka bermimpi siang. Anda kurang berkeyakinan terhadap diri sendiri. Jadi and perlu membuat perubahan ke atas hidup anda. Anda adalah seorang yang sukar diramal kerana anda membuat perubahan berdasarkan masa dan keadaan. Anda juga seorang yang mementingkan diri sendiri tetapi and mempunyai bakat dalam muzikal, seni dan komunikasi lisan.. Sikap anda seperti bulan yang datang keredupan dan pudar jadi semua orang boleh mengetahui perubahan anda. Anda boleh menjadi Mahatma Gandhi yang kedua kerana cinta akan keamanan. Anda juga seorang yang bertanggungjawab dalam keluarga. Pasangan ideal anda adalah no.2, 5, 9.
(yang ni tk nak komen..ekeke)

Diana...
Kalau anda dilahirkan pada 3hb, 12hb, 21hb, 30hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.3.Anda adalah seorang yang berhati keras, pentingkan diri sendiri, kuat agama dan suka untuk mempertingkatkan kehidupan sendiri. Anda mempunyai masalah keluarga dan anda dapat mengharungi dengan kesabaran anda. Anda sangat pandai bercakap, wajah yang cantik, jadi ke mana saja anda pergi anda akan dapat apa yang anda inginkan. Daripada hari lahir anda, anda perlu berkerja keras untuk berjaya. Anda juga seorang yang menghormati orang yang lebih tua daripada anda. Bukannya senang nak menjalinkan hubungan sama ada percintaan, kekeluargaan atau persahabatan. Sekiranya anda suka akan sikap seseorang itu, maka hubungan itu akan berpanjangan. Anda suka akan kebebasan, pencipta di mana ada anda akan membawa harapan, kegembiraan dan keceriaan ke dunia ini. Pasangan ideal anda adalah no.6, 9.(camner haku nk komen ttg diana nie ek..ader skit betul gak ler..huhu)


Kalau anda dilahirkan pada 4hb, 13hb, 22hb, 31hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.4.Anda adalah seorang yang amat degil dan rajin. Mungkin anda akan menjauhkan orang lain daripada anda kerana kata-kata anda. Anda seorang yang bertimbang rasa akan masalah orang lain. Anda berbakat dalam penyelidikan dan seni. Anda akan membantu ahli keluarga atau kawan-kawan yang menghadapi masalah tanpa berfikir panjang.. Anda kena berhati-hati dengan orang sekeliling anda kerana mereka mungkin akan mempergunakan anda. Kawan-kawan anda akan menghabiskan masa dan wang ringgit anda dan selepas itu menjauhi daripada anda apabila anda dah tak ada nilai buat mereka lagi. Walau bagaimanapun anda tetap seorang yang sabar dan tegas. Pasangan ideal anda adalah no.1, 8.

Along & Ila...
Kalau anda dilahirkan pada 5hb, 14hb, 23hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.5.Anda sangat popular dalam komuniti. Anda boleh menyelesaikan sesuatu perkara hanya secara lisan. Anda mempunyai akal fikiran dalam menjalani perniagaan. Namun anda terlalu terburu-buru. Anda adalah seorang yang kelakar di kalangan kawan-kawan dan ahli keluarga. Kawan-kawan dan ahli keluarga anda juga akan minta bantuan anda apabila mereka memerlukan bantuan. Anda bukan seorang yang setia dalam hubungan percintaan. Anda suka perubahan dan kebebasan. Anda mempunyai ciri-ciri seorang pengembara dan ahli silap mata. Anda mempelajari hidup melalui pengalaman. Pasangan ideal anda adalah no.1 , 2, 9.(wakakaka..ku hanya mampu ketawa utk adik n kakak ku ini...lari tajuk nie...opps tp yg atas tu ader betul lerr..)

Edi & Sopi...
Kalau anda dilahirkan pada 6hb, 15hb, 24hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.6.Anda dilahirkan untuk menikmati hidup ini. Anda tidak pedulikan apa-apa perkara dan hanya ingin berseronok dalam hidup anda saja. Anda sangat pandai dalam pelajaran dan pengurusan perniagaan. Anda seorang genius, baik hati (tapi hanya orang yang beranggapan anda orang baik), mempunyai paras rupa yang cantik atau kacak. Semua benda yang baik akan datang pada anda. Anda mengambil berat ke atas ahli keluarga dan kawan-kawan anda. Pada pandangan mereka, anda adalah seorang yang murah hati, peramah, adil saksama dan mempunyai penilaian yang tajam. Pasangan ideal anda adalah no.1, 3, 9. - (yg atas tu mcm betul kena dgn dak 2 org nie..yg bawah2 tu cam tk berapa nak betul..hehe)

Cik ieta & Abah...
Kalau anda dilahirkan pada 7hb, 16hb, 25hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.7.Anda mempunyai daya tarikan kepada sesiapa saja. Anda adalah seorang yang realistik, yakin, gembira dan merupakan seorang yang genius dalam bidang pendidikan, muzik, seni dan nyanyian. Anda mempunyai masalah sikap iaitu panas baran. Namun demikian, anda banyak melakukan pengorbanan untuk keluarga. Anda meletakkan keluarga di tempat yang amat tinggi sekali sehingga kadang-kadang mengabaikan kebahagian diri sendiri. Anda telah dilahirkan untuk memberi sumbangan kepada dunia ini. Jadi anda seorang yang bagus dan seorang yang amat gembira. Pasangan ideal anda adalah no..2. (betul lerr pasangan abah...ekeke)*(ekekeke..siyes mcm haku nie..perasaan..tp betulkan ipin..betul3..1 lg..i like no 7..)

Kalau anda dilahirkan pada 8hb, 17hb, 26hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.8.Anda mempunyai personaliti yang sangat kuat jadi tak ada orang yang memahami anda. Kepakaran anda hanyalah menuding jari pada sesuatu benda. Anda juga mengalami pelbagai dugaan dalam hidup. Semua masalah ini telah menjadikan anda lebih kuat dan tabah.. Anda memperjuangkan keadilan. Kebanyakan masa anda telah dihabiskan bersama-sama dengan kawan-kawan. Anda seorang yang disiplin dalam hidup, tidak putus asa dan berani. Faktor-faktor ini telah membawa anda ke puncak kejayaan. Anda juga adalah seorang ahli pasukan, keluarga dan pejuang yang sangat bagus. Pasangan ideal anda adalah no.1, 4.

Kalau anda dilahirkan pada 9hb, 18hb, 27hb dalam mana-mana bulan, anda adalah no.9.Anda adalah seorang yang sangat tabah dari segi fizikal dan juga mental. Anda mempunyai penilaian yang sangat tajam. Anda juga adalah seorang yang sangat dihormati dalam komuniti. Anda adalah orang yang boleh menerima cabaran dan berjaya dalam apa jua yang anda buat. Pada usia yang muda anda selalu bertentangan dengan ibu bapa anda. Tapi apabila usia anda telah semakin meningkat anda adalah seorang anak yang taat dan hormati mereka. Anda sesuai menceburi bigan kejuruteraan atau perbankan kerana orang lain percaya dan yakin akan anda. Anda merupakan model teladan kepada orang lain. Pasangan ideal anda adalah no. 3, 5, 6.

* Along,diana & ila..camner u all punyer pasangan adakah bertepatan??...kuikuikui..

P/S : Cepat2 check it out...mana la tau betul rupanyer aper yg di tafsirkan antara ciri anda dan pasangan anda..Ader byk persamaan ker...Jgn percaya sgt k..kalau ader yg betul tu kiranyer secara kebetulan sahaja...hehe

Surprise!!!!

Mulakan dgn gelak dulu lerr..hehe...Surprise!!!
Tiba2 haku buka pintu umah ader org wish hepi besday 2 u..hikhik..rupanya along n family dtg wat surprise...mekasih lerr bebanyak kt along,abg mie amir & ammar coz sudi sambut besday cik ieta..
Memang terperanjat ler..tk sangka pun ader..sgt2 menghargai..mekasih gak sbb sanggup merempuh jem gara2 thaipusam g giant tuk beli kek n kfc utkku..nak kena balas ker aper long..hehe
Meh layan kesempoian kitaorg...dgn majlis sekangkang kera nie..







SpaceFlash.org!