Wednesday, March 16, 2011

Angka 7

Salam gojess tuk semua...


Angka 7?? Aku tk tau laa ek kenapa aku sgt minat dgn 7 nie..oklaa kalau korang kata sebab tarikh lahir jatuh pada 7hb..tp bkn itu saja..7 ini selalu menghampiri hidupku..semua nyer akan ader 7..myhp no,my lucky no..ni aku telek kt si azizan tu..ekeke..my car no..mcm2 lg laaa..org kata angka 9 & 7 nie leh berkawan baik..dia ader AURA yg hebat...Fuhhhh...


Jom kita tanyer pakcik Google...apa di sebalik no 7 nie...



Rahsia angka 7 dalam Islam...

Asy-Syeikh Al-Imamul-ajallu Abu Zahar Muhammad bin Abdulrohman Alhamdanaani, semoga rahmat Allah berlimpah ke atasnya, ketahuilah bahawa Zat Pencipta, Yang sangat besar kekuasaan-Nya, dan sangat tinggi kalimat-Nya serta bersinambungan nikmat-Nya, telah menghiasi tujuh perkara dengan tujuh perkara, dan menghiasinya pula bagi tiap-tiap yang tujuh perkara itu dengan tujuh perkara yang lainnya, untuk memberitahukan kepada orang-orang yang berilmu bahawanya angka tujuh itu mempunyai rahsia yang sangat besar dan kedudukan yang agung di sisi Allah, Maharaja yang memiliki kemudharatan dan kemanfaatan.

1. Allah menghiasi udara dengan tujuh lapis langit, Firman-Nya yang bermaksud: Dan kami bina di atas kamu tujuh buah langit yang kukuh.(AnNabaa’:12). Kemudian Allah menghiasi dengan tujuh bintang, firman Allah yang bermaksud: Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan gugusan bintang-bintang di langit, dan Kami telah menghiasinya (langit itu) bagi orang-orang yang memandangnya.

2. Allah telah menghiasi padang yang lapang dengan tujuh lapis bumi. Firman Allah yang bermaksud : Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi.. (Atthalaaq:12). Kemudian Allah menghiasi bumi itu dengan tujuh lautan, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan laut, ditambahkan kepadanya tujuh laut lagi sesudahnya..(Luqman: 27)

3. Allah telah menghiasi neraka dengan tujuh tingkat, iaitu : Jahannam, Sa’iir, Saqar, Jahiim, Hurhamah, Ladhaa dan Hawiyah. Kemudian Allah menghiasinya dengan tujuh ointu, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: Ia (neraka) itu mempunyai tujuh pintu, tiap-tiap pintu (telah ditetapkan) untuk golongan yang tertentu dari neraka. (Al-Hijr:44)

4. Allah telah menghiasi Al-Quran dengan tujuh surah yang panjang, kemudian munghiasinya pula dengan tujuh ayat pembuka kitab (faatihatul-kitaab). Sebagaimana firman-Nya yang bermaksud : Dan sesungguhnyaKami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al-Quran yang agung. (Al-Hijr: 87).

5. Allah menghiasi manusia dengan tujuh angggota badan iaitu, dua tangan , dua kaki, dua lutut dan satu wajah. Kemudian menghiasinya dengan tujuh peribadatan iaitu dua tangan dengan doa, dua kaki dengan berkhidmat, dua lutut dengan duduk dan muka dengan sujud. Firman-Nya yang bermaksud: Dan sujudlah dan dekatkanlah (dirimu kepada Allah). (Al-’Alaq : 19).

6. Allah menghiasi umur manusia dengan tujuh peringkat. Pada masa lahir disebut “radli”, kemudian ‘farhim’, kemudian ‘kuhul’, kemudian ’syaikh’. Dan menghiasi tujuh peringkat umur ini dengan tujuh kalimat iaitu : Ucapan Laa Ilaaha Illallaah Muhammad Rasuulullaah. Firman Allah yang bermaksud : Dan Allah mewajibkan kepada mereka kalimat taqwa (Laa Ilaaha Illallaah) dan adalah mereka berhak dengan kalimat taqwa itu dan patut memilikinya. (Al-Fath :26)

7. Allah menghiasi dunia dengan tujuh negeri yang besar iaitu : pertama: Hindustan, kedua: Hijaz, ketiga : Bashrah, Badiyah dan Kufah, keempat : Iraq, Syam, Khurasan sampai ke Balakh, kelima: Roma dan Armenia, keenam : Negeri Ya’juj dan Ma’juj, ketujuh : China dan Turkistan. Kemudian Allah menghiasi tujuh negeri itu dengan tujuh hari iaitu Sabtu, Ahad, Isnin, Selasa, Rabu, Khamis dan Jumaat. Dan Allah memuliakan dengan ketujuh hari itu dari para nabi iaitu Allah memuliakan Nabi Musa a.s dengan hari sabtu, Isa bin Maryam a.s dengan hari ahad, Dawud a.s dengan a.s dengan hari isnin, Nabi Sulaiman a.s dengan hari selasa, Nabi Ya’qud a.s dengan hari khamis dan Nabi Muhammad s.a.w dan umatnya dengan hari jumaat.

 
Keajaiban Angka 7
 
Allah Swt memberikan kelebihan angka TUJUH ?
Angka tujuh diulang secara sistematis  :
Angka tujuh dalam surah pembuka dalam Al Qur’an
Surah Al Fatihah “Sesungguhnya Kami telah berikan kepadamu tujuh ayat yang dibaca berulang-ulang dan Al Qur’an yang agung” (QS. Al Hijr 15:87)
Angka tujuh di alam

QS. A-Thalaq 65:12) “Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi. Perintah Allah berlaku padanya, agar kamu mengetahui bahwa Allah Mahakuasa atas segala sesuatu, Ilmu Allah benar-benar meliputi segala sesuatu”
Angka tujuh dan penciptaan langit
-   QS. Al Baqarah (2:29)
-   QS. Al Isra (17:44)
-   QS. Al Mukminun (23:86)
-   QS. Fushshilat (41:12)
-   QS. Al Thalaq (65:12)
-   QS. Al Mulk (67:3)
-   QS. Nuh (71:15)
-   QS. An-Naba’ (78:12)
Angka tujuh didalam hadits
HR. Al-Bukhari dan Muslim :
“jauhilah tujuh dosa besar”.
“Siapa saja yang berbuat lalim sepanjang satu jengkal tanah, maka dia akan dibebani beban seberat tujuh bumi”.
“Aku diperintah untuk sujud dengan tujuh anggota badan”.
“Al Qur’an diturunkan dalam tujuh huruf”
Angka tujuh dan ibadah haji
Dalam ibadah haji, seorang mukmin bertawaf disekeliling Baitullah sebanyak tujuh putaran, melakukan sa’i antara Shafa dan Marwa sebanyak tujuh kali juga, melempar batu jumrah sebanyak tujuh kali
Angka tujuh dalam kisah-kisah Al Qur’an
-   QS. Nuh (71:15)
-   QS. Yusuf (12:43) (12:46-48)
-   QS. Al Haqqah (69:6-7)
-   QS. Al A’raf (7:155)
-   QS. Al Kahf (18:22)
Angka tujuh dan hari kiamat
-    QS Al Hijr (15:44)
-    QS. Al Haqqah (69:30-32)
-    QS. Luqman (31:27)
Angka tujuh dan sedekah
-     QS. Al Baqarah (2:261)
-     QS. Al Taubah (9:80)

Angka tujuh dan kalimat tasbih
-   QS. Al Isra (17:44)
Angka tujuh dan huruf-huruf dalam Al Qur’an
Jumlah huruf dalam bahasa Arab 28 huruf, dimana 28 dapat dibagi tujuh (28 :7=4)
Bagaimana angka tujuh tersususn secara sistematik, bahwa semua yang ada dalam Al Qur’an berlangsung dalam sistem yang detail. Kata-kata dalam Al Qur’an telah Allah susun sesuai dengan sistem numerik yang sangat mengagumkan. Bukti yang nyata dan tidak diragukan kebenarannya , “sesungguhnya Allah Swt mengatur alam ini dengan menggunakan sistem bilangan tujuh”.
Semoga tulisan ini dapat memotivasi  untuk lebih meng-IMANI Al Qur’an, dan semoga bermanfaat. Wallahu a’lam.
-7 golongan dibawah Allah swt:
1) imam yang adil
2)Pemuda yg sentiasa beribadat
3)Lelaki yang merindui masjid
4)Lelaki yang membawa urusan berkenaan
Allah SWT
5)Lelaki yang menolak zina
6)Lelaki yang menangis kerana ALLAH
SWT di tempat sunyi
7)Lelaki yang bersedekah tetapi tidak
kecoh dgn pendermaan tersebut.
-Pencapaian ilmu hanya ke bintang tujuh.
-Sinaran cahaya juga 7 lapisan
-7 hari seminggu
-7 benua
-7 warna utama
*Ini di antara nya...Apa maksud sebenarnya angka 7 nie Hanya Dia yang Maha Mengetahui...Aminn

Tuesday, March 15, 2011

Berjalan lagi..kaki ku menjejaki...

Salam u oll...

Cuti hujung minggu lepas..aku saja pegi outstation awal..awal tu maksudnyer pg sabtu & ahad..tau jer laa kan ari cuti pegi outstation wat menda..tp sebenarnyer ader agenda lain..hahaha...i oll nk berjalan2 mkn kenduri..tp aku tk pegi pun kenduri tu..bio diaorg jer pg..semntara tunggu diorg gi mkn kenduri, aku lepak laa memana plaza..gagah kan..huhu..sorang2 pun jd jer..

Dah abis kenduri kendara..oppss lupa masa ni ari sabtu k..ari ahad tu ada 1 lg kenduri..alang2 tk kn nak blk n pg semula kan..sbbnyer tmpt yg esok nie lebih kurang jer jauhnya..so kitaorg pun plan laa nk naik ke Gunung Jerai, Kedah yer anak2..haha..nnti ader lak yg tk tahu kt mana gunung tu..Dulu masa aku naik sekali hotel kt atas tu under renovation so naik sesajer jer laa..tp tk der laa sejuk mana pun..tp kali ni aku naik mmg sejuk hoccay..dah mcm cameron rasanyer..mlm jgn citer laaa..fuhhh bilik tk der aircon..sib baik ader air panas..syokkk..tk larat nk mndi air sejuk sbb sejuk sampai ke tulang gitu...tp kata dak2 receptionist tu..dulu2 lg sejuk siap kabus bagai walaupun tengahari..scenery mmg beh nmpak separuh negeri kedah dari atas gunu ng dan laut..ader pulau bidan kalau bernasib baik leh nampak pulau langkawi lagi beh lg tmpt nie u all leh dgr bunyi angin dari pohon2 ru..

Nak citer pasal hotel..korang sendiri leh nilai kot..The Regency yg manage tmpt nie..4 star k..mmg terbaek laaa..kira tanah milik kerajaan negeri di sewa oleh management tersebut..pastinyer gov kedah ader share jugak kannn...Nak gi situ kalau 2 ari ok laa kot..leh laaa rasa sikit kesejukan n kedamaian nyer..tp 1 ari 1 mlm pun dh ok gak...Meh laa dtg..jom layan piccas...


Scenery dari atas gunung..ada pulau,sawah,rumah,laut..meriahh



 Bangunan atas tu cafe dia k..'Puncak Kedah'

Cantek tak...cantekk tak...hehe..mesti laa cantekkk kannnn...jom ahh 2gether ker sini...saya sudah anda bila lagi..jumpa lg di lain tmpt2 yg menarik k...haha..Adiosss

Friday, March 11, 2011

CAKK...

Wah aku dah rajin...blog berwajah baru...dgn permulaan nk wish besday daktu...

Hepi Besday Nami 110311!!

WOW best number yeahhh..moga trus di rahmati n di lindungi OlehNyer..take care yrself n cuties baby k...mwahh