Wednesday, June 3, 2009

Cinta????

Salam Sayang Semua,

Oleh kerana badanku tidak berapa sihat sgt dlm sebulan nie...haku akhirnyer mjadi malas semula utk mengupdate blog ku...Jadi ku copy n paste tentang cinta nie k...cam best jer..Baca tau..

13 tanda anda telah jatuh cinta...

Jika anda ingin tahu sama ada anda telah jatuh cinta dengan seseorang, anda boleh mengetahui melalui perkara berikut:

1. Anda tidak akan marah terlalu lama dan akan berusaha untuk mengawal kemarahan anda terhadapnya.

2. Anda akan sentiasa merindui dia.

3. Apabila berjalan dengan dia, anda akan berjalan dengan perlahan.

4. Anda akan tersipu-sipu malu apabila bersama dengannya.

5. Apabila anda berfikir tentang dirinya, jantung anda akan berdegup pantas.

6. Hanya dengan mendengar suaranya, anda akan tersenyum tanpa sebab.

7. Apabila anda melihat dia, anda tidak akan peduli orang di sekeliling anda. Anda cuma melihat dia seorang.

8. Anda akan mula mendengar lagu yang berirama balada.

9. Dia sentiasa di fikiran anda.

10. Anda akan sentiasa terhidu baunya.

11. Anda menyedari bahawa anda akan tersenyum apabila memikirkan tentang diri dia.

12. Anda akan lakukan apa sahaja untuk dirinya.

13. Apabila anda membaca ini, pada masa yang sama, ada seseorang di dalam fikiran anda.


Apabila kita dah jatuh cinta mesti kita akan putus cinta kan..kadang2 lerr..Ini adalah cara2 untuk melupakan si dia...

Tips Lupakan Si dia...

Biasa la bila bercinta semuanya indah… Memang tak dapat lupakan si Dia. Makan ingatkan si Dia, tidur ingatkan si Dia, mandi ingatkan si Dia… Boleh kata dalam apa jua hal pun memang teringatkan si Dia la.

Tapi masalahnya bila dah putus cinta pun masih ingatkan si Dia. Susah nih… Jadi di sini ada sedikit tips kepada sesiapa yang ingin lupakan si Dia kamu.

Terima Hakikat
Pertama sekali and perlu menerima hakikat si-Dia anda bukan lagi milik anda. Anda perlu belajar untuk menerima kenyataan bahawa pertemuan akan berakhir dengan perpisahan dan perpisahan adalah permulaan kepada pertemuan.

Melarikan diri

Siapa kata melarikan diri tidak menyelesaikan masalah ? Memang melariakan diri tidak akan menyelesaikan masalah tetapi ia dapat mengurangkan tekanan anda. Cuba anda pergi ke satu tempat yang agar jauh dari tempat anda dan rehatkan minda anda. Tapi jangan la buat kerja gila dengan pergi ke tempat anda date dengan si-Dia anda.

Luahkan perasaan anda
Emmm luahkan perasaan anda kepada sahabat karib anda. Mungkin dia tidak banyak membantu tetapi sekurang-kurangnya dengan meluahkan perasaan anda akan dapat menghilangkan tekanan anda.
Anda pula dengar luahan mereka. Apabila anda mendengar luahan rakan anda sekurang-kurangnya anda tahu bahawa anda bukan seorang sahaja menerima nasib yang teruk .


Ingat dekat orang lain
Masih tak dapat lupakan si Dia? Urghhh susah nie. Macam nie la kalau masih teringatkan si Dia kenapa anda tak cuba ingat dekat orang lain… Ahli keluarga ke, artis ke, idola ke, tapi kalau boleh jangan cuba untuk teringatkan kawan sejantina anda… Bahaya tu karang jadi lain lak.

Buang jer hadiah tu
Bunga ke… Jam ke… Penanda buku ke… Novel ke… Anda buang sahaja hadiah tu… Mungkin ia seperti anda tidak menghargainya namun itulah yang terbaik. Atau anda pulangkan kembali hadiah itu kepada si Dia. Walaubagaimanapun jangan jual hadiah itu kerana anda seperti menghina pemberian si Dia. Dan satu lagi kalau si-Dia bagi anda hadiah seperti rantai emas berjumlah RM5000 saya rasa takyah laa buang hadiah tu. haha tau brg mahal dan2 tk bg buang..

Berdoa & Bertawakal
Ini adalah solution yang terbaik dan potion bagi segala-galanya. Berdoa lah kepada-Nya agar diberi kekuatkan jiwa dalam menghadapi dugaan dalam kehidupan dan diberikan pasangan yang serasi.

Monday, June 1, 2009

Berjalan ke Rumah Pak Ngah..

Salam Sayang Di Angin Lalu...

Semalam bersamaan ari Ahad 31/5 haku bersama my sis family, jalan2 gi anto kad jemputan kawen haku..ehhh silap lak adik haku lerr kawen..kt umah Pak Ngah..walaupun Senawang tu bknlaa jauh mana pun kan..tp kitaorng ni mmg ler kan pemalas nak jalan umah sedara..boleh di kira berapa kali lerr..rasernyer sepanjang haku hidup ader ler 4 kali haku jejak...sungguhkannn haku nie..

Sampai umah pak ngah dah tghari..sampai2 jer dia ajak mkn..best gak ler makan sebb ader asam pedas..my favourite..tp lg suka yg my mum masak..haku masak sedap gak..hahaha.bertambah haku k..so lepas mkn,bual2 my pak ngah leh plak gi beli kuih muih...adeiii nasi lum turun dah di sua nyer kuih lak..tp sbb org dah beria2 kan tk kan nak menolak plak..mkn la jugak..perghh..kenyang gler sehhhh..Lama gak kitaorg kt sana..tgk2 jap dah kul 5..kami pun minta diri beransur utk pulang..tk der yg menarik cuma seronok lerr bila berjumpa sedara yg jarang bebenor kita lawati...

Meh kita tgk pic anak2 sedara ku yg telah melakukan transformasi dgn jayanyer..Mereka sungguh berani mmbotakkan kepala..hehe..kata kakakku dah mcm upin&ipin dah...tk per2 nnti 2 minggu mesti rambut dah tumbuh cantik kannnnn...


Alahaiii ammar nie tk reti lg dia nak wat peace v..hehe..dua2 dah botak..Abg n adik warna kulit berbeza k..haha..amir itam skit..ammar putih tlebih lak yer..yg penting n mahal dua2 ader lesung pipit...


Alolo ammar..comeii sungguh..V..jari satu lg tk reti nak kuarkan camner..hehe